Tajuk; Akhirnya sebuah penantian…
Pena ; Putra G.P.H
Pembukaan,
Bang, bangun bang. Hari dah petang ni, kau bila nak balik asrama? Nanti lambat-lambat, ayah kau bising plak. Kau bukanya tak tahu perangai ayah kau tu. Ujar mami selaku ibu kandung ku. Ahh… dah petang rupanya, mata ku liar mencari jam dan waktu menunjuk kan pukul 4 petang. Rasa berat pulak hati ini nak kembali ke sekolah. Lantas ku bangun dan capai tuala yang ku sangkut di paku lalu menariknya. Aduuh….. koyak la pulak, macam-macam hal la. Aku bersungut sendiri. Kau ni naper bang?? Mamai ker? mami menyapa ku. Takde pape la, lalu ku beredar dari bilik menuju ke stor. Dalam benak fikiran ku tak lain dan tak bukan ialah mencari tukul besi. Memang sudah menjadi lumrah diri aku, geram tak bertempat. Lantas tanpa membuang masa, aku telah menguruskan hal paku yang telah mengoyakkan tuala aku tadi, ha ha ha puas ati aku.
Selepas siap mandi dan memakai baju rasmi asrama, aku makan dan mengangkat beg pakaian serta beg sekolah kedalam kereta. Seperti biasa, beg-beg aku mami yang kemaskan. Adat anak manja, suma mak nak siapkan. Kalau kemas sendiri kompom ada je yang tertinggal dan lupa nak bawak. Ayah aku dah lama tunggu dalam kereta, muka masam mencuka macam nak makan orang jer. Tapi aku dengan cool, selamba badak masuk je dalam kereta. Lagi pun aku memang dah paham dengan perangai dia. Tak reti nak menyabar,hari ini mami tak mengikuti ayah menghantar aku seperti biasa, lantas ayah menghidupkan enjen kereta proton saganya. masa ni kereta ni cukup glamor, mana taknya. keluaran malaysia beb. bila dah bersedia dan nak bergerak baru aku teringat yang aku belum salam dan cium mami lagi. ah..... ayah, kejap-kejap, kata ku kepada ayah. napa toh?? ayah ku menyoal menggunakan suku kata jawanya. Abang belum salam mami lagi. urm, dah cepat! Ayah memberhentikan kereta lantas aku turun dan masuk semula kedalam rumah. mami abang dah nak balik asrama ni, ujar ku kepada mami. mami pun datang kepada ku sambil menghulurkan tangan kananya lalu kusambut serta mencium tangan serta pipinya. Sebelum ku berlalu pergi, mami telah berpesan. Bang kau dah tingkatan empat sekarang ni, belajar rajin-rajin, jangan asyik ingat main je. Taun depan nak s.p.m. katanya. ye mi, sahut ku dengan nada lembut.
Perjalanan dari rumah aku ke sekolah tak lah jauh sangat, lebih kurang 1 jam perjalanan. Sekolah tempat aku belajar behampiran dengan Bandar. Pelajarnya pula terdiri daripada kaum cina, melayu, india malah Pakistan pun ada. Hahaha, betul-betul satu Malaysia beb.tapi yang duduk asrama hanya pelajar melayu sahaja. Walaupun asrama ku adalah asrama harian, namun asrama aku telah mendapat jolokan dengan nama asrama penuh, ini kerana asrama kami penuh dengan pelajar. Malah rumah kat sebelah sekolah pun sibuk mohon nak duduk kat asrama. Naik pelik aku di buatnya. Setelah tiba di asrama, aku pun mengeluarkan beg-beg yang telah aku bawa dari rumah tadi. Kemudian aku bersalaman dengan ayah sambil cium kedua belah pipinya, lalu aku senyum kepadanya dengan penuh tanda makna. Lalu dengan selamba dia bertanya, ya kenapa? Ada apa-apa yang kurang? Aku pun berdehem, ehem, ehem.. menandakan bahawa aku mahukan sedikit wang belanja. Lantas ayah bertanya semula, tiga puluh sen cukup?? Sambil aku tersenyum, aku menjawab, tiga puluh sen masuk tandas pun belum tentu cukup. Abis tu nak berapa? Lalu aku menjawab pertanyaan itu, duit makan bulan ni rm tiga puluh tiga yah, duit kocek rm sepuluh. So total semua rm empat puluh tiga. Alang-alang keluar biarlah genap. Lima puluh ke, empat puluh lima ke… hehehehe. Aku berseloroh sambil ketawa manja. Nah empat puluh lima, dua ringgit tu buat untuk telepon kampong nanti. Jangan senyap je kat sini. Ingat pesan ayah. Ayah ku menekan nadanya sebagai tanda peringatan kepada ku. Lalu aku mengambil dan terus menyimpannya di dalam kocek sambil mengucapkan, terima kasih ayah. Walau macam mana pun, aku tetap juga kena ambil sebab ayah aku tu perangai lain sikit. Kalau dia bagi, terus je ambik. Jangan sesekali jual mahal. Kalau tak, komporm putih mata. Jangan harap dia nak bagi lagi kalau dia dah simpan.. saaaaangat kedekut. Ops salah, jimat. He he he.
RUMAH KEDUA KU,
Argh.. bermulalah semula duniaku di asrama, tahun ni aku berada di aras senior. Huhuhuh, jadi abang beb. Lama giler aku tunggu saat ni. Mana taknya, taun ni bermulalah zaman pembulian dari aku, ha ha ha. Aku mengangkat beg masuk kedalam dorm, dorm aku kali ni mempunyai dua puluh empat orang termasuk aku. Dorm yang paling besar dan menyusahkan. Maksud aku menyusahkan sebab terlalu besar nak mengemas dan menyapu tiap-tiap pagi. Tapi xper, suma tu junior aku boleh bereskan. So sekarang ni aku tak perlu pikir semua tu, yang pasti aku mesti kemas loker dan katil. Aduh, perkara yang paling membosankan telah tiba, dari aku form one sampai sekarang. Perkara yang tiada penyudahnya. Terasa malas nak pasang cadar dengan skting kat katil, walau macam mana pun aku tetap kena lakukan. Setelah siap, aku pun terus tukar baju melayu untuk pergi ke dewan makan asrama. mandi?? erm tak payah la, lagi pun aku dah mandi kat rumah tadi.
Hari ini aku kene turun awal, ini kerana sudah menjadi perkara kebiasaan aku. Aku biasanya akan kesurau untuk mengemas dan membentang sejadah sebelum waktu solat. Bukanya aku lakukan kerana terpaksa, dah memang menjadi kebiasaan aku dari dulu lagi. Hari ini aku tak melaungkan azan, kerana tak sedap badan. Mungkin kerana penat kemas surau tadi. Selepas siap solat magrib berjemaah kebiasaanya warden akan memberi ceramah. Namun ketika ini pelajar belum pulang semua. Masih ada lagi yang belum pulang ke asrama, begitu juga dengan pelajar aspuri. Surau pun tak penuh pada malam ini. sementara menunggu waktu solat isyak, warden telah memberi sedikit ucapan dan peringatan tentang peraturan- peraturan di asrama. sambil mendengar, sempat aku menjeling kearah aspuri. dalam surau pelajar aspura akan duduk di depan dan pelajar aspuri akan duduk di belakang. lalu ku melihat dari kiri ke kanan. uish... ramai gak student baru, bisik hati ku. yang sorang tu comel, tapi tengok gayanya macam sombong. biasa la tudung labuh ala-ala wahida gitu. huhu.. poyo kan.. tapi nak cam ne da memang cara hidup dia mcm tu.. aku pun xleh la nak judge orang sesuka ati mak bapak aku jer.
Selepas selesai solat isyak, aku pun pergi ke dewan makan. ketika itu dewan makan ku terletak di dalam kawasan asrama aspuri. minum malam ni agak meloyakan tekak aku, bak kata orang jawa cemplang. ini kerana air yang di sediakan xrupa mcm air.. huhu, memilih plak aku ni erk. nak xnak kene gak minum, takut malam- malam buta nanti kelaparan plak. lepas minum aku pun terus balik ke dorm untuk menukar pakaian , setelah siap kami semua diwajibkan untuk study. perkara ni memang sejak azali lagi, pelajar asrama di wajibkan untuk study tiap-tiap malam.
HARI PERTAMA DI SEKOLAH,
Fullaweh,betul-betul syok belajar sekarang ni. dah macam pesta muda mudi plak, mana xnya. guru pun masih sibuk membuat persiapan pembukaan hari pertama selepas cuti panjang. sayangnya aku xdapat sekelas lagi dengan member- member lama. aku berada di aliran intisas, ada sastera ada perakaunan serta ada sains tulin. mereka suma sambung di kelas aliran agama. cuma aku serta beberapa pelajar lain je yg pindah ke aliran lain. hehehe mencari cita rasa lain, lagi pun sejak kecil cita-cita aku memang minat dalam bidang sastera dan elektronik.
urm, guru-guru pun ada yg baru gak, wah syok boleh buli ni, hehehe. ssedang dok leka memekak dalam kelas, guru kelas pun masuk. tahun ni guru kelas aku namanya bakhtiar bin harun. orangnya baik dan lembut sikit. hehe sory cikgu.. bukan mengutuk, just terangkan watak cikgu jer. beliau mengajar subjek sain serta english sains dan teknologi.
Ahad, 13 Jun 2010
Langgan:
Ulasan (Atom)



